Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...
Saturday, 19 March 2011
Monday, 7 March 2011
Jangan Mencari Terlalu Sempurna(Dr Fadzilah Kamsah)
BUAT PEDOMAN BERSAMA.
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....
Sekadar perkongsian..
Saturday, 5 March 2011
Skandal lgi dy ni..
Ahhh..jgn x cye lak..korg ingt artis2 je ke yg ade skandal..president2 pon nk trknl mcm artis jgk..hehe..tp yg ak pliknye..cmne president sorg ni leh steady je..x de pon rusuhn yg dlakukn besar2an mcm yg jdi kt libya atau mesir utk jthkn presidentnye..x kn la Italy ske sgt berlusconi ni..mri sme2 ttp skit mke berlusconi ni yg 'kacak' sgt ni..umur dh 74 thn pon x sdr diri lgi..
Fulamakkkk..kacaknye dy..cair i dwtnye..hee..
Ni antara list awek2 yg dy dh angkot..
1-Barbara Matera
Ni skandal dy yg pertama..mmg pttla org tua ni nk..mmg cntik pon..mklmla..Miss Universe Italy la ktekn..
Otaknye pndai..ade Sarjana Ilmu pengetahuan..dy jgk jd artis dan pengacara trknl kt Italy..
2-Camilla Ferranti
Ni sorg lgi..pndai tol berlusconi ni..amk actress je..mne main gadis2 biase..x de 'class' la ktekn..dy ni dgrmye anggota parlemen Eropa..kjenye jgk..berbogel utk mjlh ngan kalender..pehhh..mne leh thn bai..Berlusconi pnh srh stesyen televisyen di Italy spaye bg twaran kje utk si cntik ni..
3-Eleonora Gaggioli
Umur bru 29 thn..stgh abad lbh mde dri berlusconi..ni jge seorg model di italy..yg jge seorg bintang televisyhen di Italy..
Fulamakkkk..kacaknye dy..cair i dwtnye..hee..
Ni antara list awek2 yg dy dh angkot..
1-Barbara Matera
Ni skandal dy yg pertama..mmg pttla org tua ni nk..mmg cntik pon..mklmla..Miss Universe Italy la ktekn..
Otaknye pndai..ade Sarjana Ilmu pengetahuan..dy jgk jd artis dan pengacara trknl kt Italy..
Blh plak dy sokong 1Malayasia..hehe..
2-Camilla Ferranti
Ni sorg lgi..pndai tol berlusconi ni..amk actress je..mne main gadis2 biase..x de 'class' la ktekn..dy ni dgrmye anggota parlemen Eropa..kjenye jgk..berbogel utk mjlh ngan kalender..pehhh..mne leh thn bai..Berlusconi pnh srh stesyen televisyen di Italy spaye bg twaran kje utk si cntik ni..
ayu jgk la dy ni..
Umur bru 29 thn..stgh abad lbh mde dri berlusconi..ni jge seorg model di italy..yg jge seorg bintang televisyhen di Italy..
no komen..anda yg mlihtnye..anda yg bg komn sndiri..
4-Mara Carfagna
Ni jge adalah seorg bekas Miss Universe Italy..berumur 33 thn..dia jge slh seorg ahli kabinet di Italy..
tp klebihn dy..x prnh tmpil bogel di khayalak rmai..pada satu jamuan mkn mlm..berlusconi pnh kte kt dy..'jika ak blom bernikah..ko org akn ak nikahi'..
5-Neomi Letitzia
Gadis yg hnye berusia 18 thn ini tlhpon mmnggil berlusconi sbagai 'papi'..ni msti kes nk jdiln org tua ni sbagai sugar daddy ni..telah mndpt perhatian dr media mass apebila berlusconi tlh mnghadiahkn dy 6000 euro(pndai2 la tuka duit malaysia) ngan sekalung berlian..pehhh..cmtu spe x mau..
hot gtu..hee..
Ni jela yg blh sya kongsikn skit psl bnde ni..sbnrnye rmai lgi..klau nk ikotkn lmn web Anthro Scape..skandal dy ngan 47 org pompuan(file:///C:/Users/syakir/Pictures/Berlusconi's%20Women.htm)..mkmla..dh bnyk duit..wt pe lgi..berjoli la..nnti kte share lai plak ye..baiiiii...
Friday, 4 March 2011
pluang hidup ini~
Hee..dh smnggu x update blog ni..dh berdebu skit dh..ni nk bg tazkirah yg sye jmpe dri internet..rng2kn dan
slamat beramal..
slamat beramal..
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita merealisasikan seruan taqwa dengan melaksanakan segala tuntutan perintah Allah dan menghindari segala yang ditegah demi kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat. Semoga dengan kesungguhan usaha ke arah itu, kita akan terus dibantu, dipandu dan dikekalkan di atas jalan ketaqwaan sehingga akhir hayat kita.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita tentang kepentingan mengejar peluang yang diberikan dalam hidup. Kita diingatkan agar memanfaatkan waktu sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Ternyata kurniaan peluang hidup sebelum mati adalah peluang yang paling bernilai bagi seorang hamba Allah di dunia ini. Sesungguhnya kematian yang pasti itu adalah penamat segala ruang dan peluang bagi kita untuk membuktikan pengabdian kita kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mulk ayat 2:
"Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya, Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)".
Justeru, walaupun di tahap mana usia kita, ruang kehidupan ini perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk beramal soleh sebagai bekalan untuk bertemu Allah SWT. Apatah lagi di ketika usia meniti senja, maka sewajarnya kesempatan ini digunakan sebaik mungkin sebagai bukti syukur kita kepada Allah SWT yang telah mengurniakan bonus usia kepada kita selaku hamba-Nya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bahawa seorang pemuda telah bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Wahai Rasulullah, siapakah insan yang paling baik?" Rasulullah menjawab, "Orang yang panjang usianya dan baik amalannya." Pemuda itu bertanya lagi, "Maka siapa pula insan yang paling keji?" Baginda menjawab, "Orang yang panjang usianya namun jahat pula perlakuannya". (Riwayat At-Tarmizi)
Di atas kenyataan ini, kita seharusnya sedar dan mempersiapkan jadual dan rancangan hidup agar ia bertepatan dengan panduan Rasulullah SAW sehingga ke penghunjung usia. Semoga dengan umur yang panjang kita berjaya menjadi hamba Allah yang paling baik dengan kekal beramal soleh hingga ajal menjemput kita.
Antara perancangan yang perlu dilakukan untuk mencapai hasrat menjadi manusia terbaik ialah:
Pertama: Memperuntukkan masa untuk menuntut ilmu bagi memastikan segala amal ibadah kita tepat dan sah menurut Sunnah Rasulullah SAW. Kita sewajarnya lebih serius menuntut ilmu agama dan beramal. Tanpa ilmu dan maklumat yang tepat, kita bimbang segala amal kita tidak diterima oleh Allah SWT.
Kedua: Mendampingi orang-orang yang mampu memperbaiki kelemahan dan kekurangan kita, membantu mempertingkatkan kefahaman Islam, bersedia menegur dan menasihati kesilapan kita dan dan berada di samping kita ketika kita memerlukan. Memilih rakan dan sahabat yang baik adalah faktor penting kerana sahabat adalah penentu dan pencorak peribadi dan gaya hidup kita.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Agama seseorang itu dipengaruhi oleh rakannya, kerana itu awasilah setiap diri kamu dengan siapa dia bergaul". (Riwayat Ahmad)
Ketiga: Segera bertaubat dan mengembalikan segala hak-hak Allah dan manusia yang pernah diceroboh. Taubat dan mengembalikan hak kepada yang empunya hak adalah satu tuntutan yang perlu dipandang serius untuk menjamin keselamatan di akhirat kelak.
Renungilah sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Adakah engkau semua tahu, siapakah orang yang muflis itu?" Para sahabat menjawab: "Orang muflis di kalangan kita ialah orang yang sudah tidak memiliki lagi sesuatu benda apapun." Baginda SAW lalu bersabda: "Orang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan solat, puasa dan zakatnya ketika di dunia dahulu, dia pernah mencaci, menuduh, memakan harta dan membunuh seseorang (tanpa alasan yang benar). Maka orang yang dianiaya itu diberikan pahala orang tadi. Mangsa yang lain pun diberikan pahalanya juga. Jikalau pahala-pahalanya sudah habis sebelum terlunas tanggungan kezalimannya, maka ambillah dari dosa-dosa orang-orang yang dianiayanya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, kemudian orang tersebut dilemparkanlah ke dalam neraka". (Riwayat At-Tarmizi)
Keempat: Berdoa dan mengharap bantuan dan pimpinan Allah SWT hingga ke akhir usia. Antara doa yang terbaik diamalkan untuk tujuan ini adalah doa yang dirakamkan Allah SWT di dalam Surah Ali Imran ayat 8:
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya."
Muslimin yang dirahmati Allah,
Akhirnya, marilah kita imbas kembali intipati khutbah hari ini agar ia menjadi panduan berguna dalam hidup kita.
Antaranya adalah;
Pertama: Pengurniaan usia yang panjang adalah nikmat yang perlu dihargai.
Kedua: Meningkatkan usaha dalam menuntut ilmu dan beramal soleh serta menghiasi diri dengan akhlak yang mulia.
Ketiga: Mencari rakan yang baik dan hidup dalam suasana yang boleh mendekatkan diri kepada Allah dan mentaati perintah-Nya.
Keempat: Segera bertaubat mengikut landasan perjuangan hidup Islam dan berdoa agar kekal dalam hidayah Allah hingga ke akhir usia.
Kelima: Melibatkan diri dengan perkara-perkara amar maaruf nahi mungkar serta memahamkan syariat Islam dalam masyarakat.
Keenam: Mengasihi manusia agar Allah dan para malaikat mengasihi kita.
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu cuba larikan diri daripadanya itu, tetap akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumuah:8)
Lpsni..sy nk cte psl "kaki pelacuran lak"..follow up ye rkn2..
Saturday, 26 February 2011
Isi Hati Lelaki
Ok girls, this is special for you!
So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka?
True enough many man, makes women became 3 things... confused, confused and yes confused! Hehehe... well, bagi mereka yang sudah memiliki buku-buku dan ebook Razzi, for sure dia orang sudah ada jawapan secara detail.
Tapi bagi mereka yang belum tahu tu…
The truth ...LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!
Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-
Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…
- Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.
Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.
- Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”
Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.
- Isi hati lelaki – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.
Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”
- Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!
Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”
- Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!
Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!
- Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! ;))
Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?
- Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja ;)
Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.
- Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…
Basically...
Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.
Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu. IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay?
hee..tq..
Friday, 25 February 2011
biodata sayeee~
Hai,salam to all..sy ni br je wt blog ni..mklmla..bosan la plak..as a student..bnyk sgt mse yg trluang..tu yg sye rse nk kongsi2 crite,maklumat2..ngan ape2 jela..yg best2la sng cte..hee..yela..mse student ni la bnyk mse..nnti dh start kje..kompem pnye sibuk..
Ngan blog ni la sya dpt kongsi mklmt..klau sya ckp ngan kwn2 sye nnti..diorg kte mmbebel kang nnti..
lgpon bdk laki ni lain skit..diorg ni jenis x mau dgr2 kwn bercerita..dh la..bnyk sgt la plak bebelnye..ok lah..sblm sya bercerita pnjng..sy nk kongsikn biodata sya ni la..
Nama Penuh: Muhammad Syakir Mohd Shaari
Tarikh Lahir: 26 April 1992
Umur: 19 tahun
Status: Single le..heee..
Tempat Tinggal: Alam Impian,Shah Alam
Tempat Lahir: Pusrawi,Kuala Lumpur
Adik-Beradik: Ada 5 org..sya ank ke-4
Cita2: Nak Jadi usahawan berjaya..insyaallah
Nama Ahli Keluarga: Mohd Shaari Omar (pengarah)
Rosnani Ismail (penolong pengarah)
Nur Sabrina Shaari (doktor kt hospital klang)
Nur Shairah Shaari (belajar kt cairo university)
Nur Izzah Shaari (blajar kt UIA)
Muhammad Syakir Shaari (UNITEN student)
Muhammad Suhail Shaari (student kt MRSM Perak)
Ni gmbo2 sya dan keluarga ye..tgk2 la skit
Tu jela yg sya nk cecite arini..hopefully rmai la followers sya..yela..x mau la sya sronok bercrite sndiri..hee..
Tq..
Ngan blog ni la sya dpt kongsi mklmt..klau sya ckp ngan kwn2 sye nnti..diorg kte mmbebel kang nnti..
lgpon bdk laki ni lain skit..diorg ni jenis x mau dgr2 kwn bercerita..dh la..bnyk sgt la plak bebelnye..ok lah..sblm sya bercerita pnjng..sy nk kongsikn biodata sya ni la..
Nama Penuh: Muhammad Syakir Mohd Shaari
Tarikh Lahir: 26 April 1992
Umur: 19 tahun
Status: Single le..heee..
Tempat Tinggal: Alam Impian,Shah Alam
Tempat Lahir: Pusrawi,Kuala Lumpur
Adik-Beradik: Ada 5 org..sya ank ke-4
Cita2: Nak Jadi usahawan berjaya..insyaallah
Nama Ahli Keluarga: Mohd Shaari Omar (pengarah)
Rosnani Ismail (penolong pengarah)
Nur Sabrina Shaari (doktor kt hospital klang)
Nur Shairah Shaari (belajar kt cairo university)
Nur Izzah Shaari (blajar kt UIA)
Muhammad Syakir Shaari (UNITEN student)
Muhammad Suhail Shaari (student kt MRSM Perak)
Ni gmbo2 sya dan keluarga ye..tgk2 la skit
Tq..
Subscribe to:
Posts (Atom)





