Saturday 19 March 2011

Cinta Dalam Diam

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...

Monday 7 March 2011

Jangan Mencari Terlalu Sempurna(Dr Fadzilah Kamsah)

BUAT PEDOMAN BERSAMA.



Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Sekadar perkongsian..

Saturday 5 March 2011

Skandal lgi dy ni..

Ahhh..jgn x cye lak..korg ingt artis2 je ke yg ade skandal..president2 pon nk trknl mcm artis jgk..hehe..tp yg ak pliknye..cmne president sorg ni leh steady je..x de pon rusuhn yg dlakukn besar2an mcm yg jdi kt libya atau mesir utk jthkn presidentnye..x kn la Italy ske sgt berlusconi ni..mri sme2 ttp skit mke berlusconi ni yg 'kacak' sgt ni..umur dh 74 thn pon x sdr diri lgi..

                                              Fulamakkkk..kacaknye dy..cair i dwtnye..hee..

Ni antara list awek2 yg dy dh angkot..

1-Barbara Matera
 Ni skandal dy yg pertama..mmg pttla org tua ni nk..mmg cntik pon..mklmla..Miss Universe Italy la ktekn..
 Otaknye pndai..ade Sarjana Ilmu pengetahuan..dy jgk jd artis dan pengacara trknl kt Italy..

Blh plak dy sokong 1Malayasia..hehe..

2-Camilla Ferranti
 Ni sorg lgi..pndai tol berlusconi ni..amk actress je..mne main gadis2 biase..x de 'class' la ktekn..dy ni dgrmye anggota parlemen Eropa..kjenye jgk..berbogel utk mjlh ngan kalender..pehhh..mne leh thn bai..Berlusconi pnh srh stesyen televisyen di Italy spaye bg twaran kje utk si cntik ni..

ayu jgk la dy ni..

3-Eleonora Gaggioli
 Umur bru 29 thn..stgh abad lbh mde dri berlusconi..ni jge seorg model di italy..yg jge seorg bintang  televisyhen di Italy..
no komen..anda yg mlihtnye..anda yg bg komn sndiri..

4-Mara Carfagna
 Ni jge adalah seorg bekas Miss Universe Italy..berumur 33 thn..dia jge slh seorg ahli kabinet di Italy..
 tp klebihn dy..x prnh tmpil bogel di khayalak rmai..pada satu jamuan mkn mlm..berlusconi pnh kte kt dy..'jika ak blom bernikah..ko org akn ak nikahi'..
 Mara Carfagna

5-Neomi Letitzia 
 Gadis yg hnye berusia 18 thn ini tlhpon mmnggil berlusconi sbagai 'papi'..ni msti kes nk jdiln org tua ni sbagai sugar daddy ni..telah mndpt perhatian dr media mass apebila berlusconi tlh mnghadiahkn dy 6000 euro(pndai2 la tuka duit malaysia) ngan sekalung berlian..pehhh..cmtu spe x mau..

hot gtu..hee..

Ni jela yg blh sya kongsikn skit psl bnde ni..sbnrnye rmai lgi..klau nk ikotkn lmn web Anthro Scape..skandal dy ngan 47 org pompuan(file:///C:/Users/syakir/Pictures/Berlusconi's%20Women.htm)..mkmla..dh bnyk duit..wt pe lgi..berjoli la..nnti kte share lai plak ye..baiiiii...








Friday 4 March 2011

pluang hidup ini~

Hee..dh smnggu x update blog ni..dh berdebu skit dh..ni nk bg tazkirah yg sye jmpe dri internet..rng2kn dan
slamat beramal..




Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita merealisasikan seruan taqwa dengan melaksanakan segala tuntutan perintah Allah dan menghindari segala yang ditegah demi kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat. Semoga dengan kesungguhan usaha ke arah itu, kita akan terus dibantu, dipandu dan dikekalkan di atas jalan ketaqwaan sehingga akhir hayat kita.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita tentang kepentingan mengejar peluang yang diberikan dalam hidup. Kita diingatkan agar memanfaatkan waktu sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Ternyata kurniaan peluang hidup sebelum mati adalah peluang yang paling bernilai bagi seorang hamba Allah di dunia ini. Sesungguhnya kematian yang pasti itu adalah penamat segala ruang dan peluang bagi kita untuk membuktikan pengabdian kita kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mulk ayat 2:
"Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya, Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)".

Justeru, walaupun di tahap mana usia kita, ruang kehidupan ini perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk beramal soleh sebagai bekalan untuk bertemu Allah SWT. Apatah lagi di ketika usia meniti senja, maka sewajarnya kesempatan ini digunakan sebaik mungkin sebagai bukti syukur kita kepada Allah SWT yang telah mengurniakan bonus usia kepada kita selaku hamba-Nya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bahawa seorang pemuda telah bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Wahai Rasulullah, siapakah insan yang paling baik?" Rasulullah menjawab, "Orang yang panjang usianya dan baik amalannya." Pemuda itu bertanya lagi, "Maka siapa pula insan yang paling keji?" Baginda menjawab, "Orang yang  panjang usianya namun jahat pula perlakuannya".  (Riwayat At-Tarmizi)

Di atas kenyataan ini, kita seharusnya sedar dan mempersiapkan jadual dan rancangan hidup agar ia bertepatan dengan panduan Rasulullah SAW sehingga ke penghunjung usia. Semoga dengan umur yang panjang kita berjaya menjadi hamba Allah yang paling baik dengan kekal beramal soleh hingga ajal menjemput kita.

Antara perancangan yang perlu dilakukan untuk mencapai hasrat menjadi manusia terbaik ialah:

Pertama: Memperuntukkan masa untuk menuntut ilmu bagi memastikan segala amal ibadah kita tepat dan sah menurut Sunnah Rasulullah SAW. Kita sewajarnya lebih serius menuntut ilmu agama dan beramal. Tanpa ilmu dan maklumat yang tepat, kita bimbang segala amal kita tidak diterima oleh Allah SWT.

Kedua: Mendampingi orang-orang yang mampu memperbaiki kelemahan dan kekurangan kita, membantu mempertingkatkan kefahaman Islam, bersedia menegur dan menasihati kesilapan kita dan dan berada di samping kita ketika kita memerlukan. Memilih rakan dan sahabat yang baik adalah faktor penting kerana sahabat adalah penentu dan pencorak peribadi dan gaya hidup kita.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Agama seseorang itu dipengaruhi oleh rakannya, kerana itu awasilah setiap diri kamu dengan siapa dia bergaul". (Riwayat Ahmad)

Ketiga: Segera bertaubat dan mengembalikan segala hak-hak Allah dan manusia yang pernah diceroboh. Taubat dan mengembalikan hak kepada yang empunya hak adalah satu tuntutan yang perlu dipandang serius untuk menjamin keselamatan di akhirat kelak.

Renungilah sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Adakah engkau semua tahu, siapakah orang yang muflis itu?" Para sahabat menjawab: "Orang muflis di kalangan kita ialah orang yang sudah tidak memiliki lagi sesuatu benda apapun." Baginda SAW lalu bersabda: "Orang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan solat, puasa dan zakatnya ketika di dunia dahulu, dia pernah mencaci, menuduh, memakan harta dan membunuh seseorang (tanpa alasan yang benar). Maka orang yang dianiaya itu diberikan pahala orang tadi. Mangsa yang lain pun diberikan pahalanya juga. Jikalau pahala-pahalanya sudah habis sebelum terlunas tanggungan kezalimannya, maka ambillah dari dosa-dosa orang-orang yang dianiayanya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, kemudian orang tersebut dilemparkanlah ke dalam neraka". (Riwayat At-Tarmizi)

Keempat: Berdoa dan mengharap bantuan dan pimpinan Allah SWT hingga ke akhir usia. Antara doa yang terbaik diamalkan untuk tujuan ini adalah doa yang dirakamkan Allah SWT di dalam Surah Ali Imran ayat 8:

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya."

Muslimin yang dirahmati Allah,
Akhirnya, marilah kita imbas kembali intipati khutbah hari ini agar ia menjadi panduan berguna dalam hidup kita.

Antaranya adalah;

Pertama: Pengurniaan usia yang panjang adalah nikmat yang perlu dihargai.

Kedua: Meningkatkan usaha dalam menuntut ilmu dan beramal soleh serta menghiasi diri dengan akhlak yang mulia.

Ketiga: Mencari rakan yang baik dan hidup dalam suasana yang boleh mendekatkan diri kepada Allah dan mentaati perintah-Nya.

Keempat: Segera bertaubat mengikut landasan perjuangan hidup Islam dan berdoa agar kekal dalam hidayah Allah hingga ke akhir usia.

Kelima: Melibatkan diri dengan perkara-perkara amar maaruf nahi mungkar serta memahamkan syariat Islam dalam masyarakat.

Keenam: Mengasihi manusia agar Allah dan para malaikat mengasihi kita.

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu cuba larikan diri daripadanya itu, tetap akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumuah:8)

Lpsni..sy nk cte psl "kaki pelacuran lak"..follow up ye rkn2..